Saturday, August 9, 2008

Karnival Sivik 08





Karnival Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan telah berlangsung 1 hari di Dataran Seven Thirty (7.30) SMK Bandar Baru Sungai Buaya pada hari Rabu bertarikh 6 Ogos 2008. Majlis dirasmikan oleh wakil PPD HS, En Rozali bin Mazlan, TPPD Akademik pada kira-kira jam 10.00 pagi. Pelbagai acara diatur oleh pihak penganjur untuk disertai oleh semua sekolah di Hulu Selangor. Persembahan kebudayaan diboloti SMK KKB sementara pameran kebudayaan disertai oleh sekolah-sekolah lain dalam daerah ini. Tidak ketinggalan gerai-gerai jualan makanan tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Pada sebelah petang, peserta PLKN telah berjaya menambat hati para pelajar yang menonton dengan aksi-aksi khas yang dipelajar dalam kem latihan. Karnival berakhir kira-kira jam 3.30 petang dengan kepuasan terpancar dimata para pelajar & guru yang terlibat dalam karnival matapelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan yang pertama kali diadakan anjuran PPD Hulu Selangor. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Kesungguhan dalam bekerja pasti membuahkan kejayaan cemerlang!

No comments: